Gema Semua Maklumat

MIMPI LIHAT NABI BERJANGGUT PUTIH?

MIMPI LIHAT NABI BERJANGGUT PUTIH? -
Rasulullah SAW berjanggut hitam

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dalam Adabil Mufrad, daripada Abu Hurairah RA menyifatkan tentang nabi SAW:

كان أسود اللحية، حسن الثغر


" Rasulullah itu janggutnya hitam dan gigi depannya elok"

Janggut nabi SAW tidak putih. Hanya ada beberapa urat (tak lebih daripada 7 helai) yang berwarna putih di helaian "anfaqah" (bahagian bahawa bibir dan atas janggut)

Kisah yang tersebar beberapa hari ini dan dikongsikan orang, seorang wanita Turki bermimpi jumpa Rasulullah di Bukit Aljudi. Rasulullah berikan kepadanya penawar Convid19 iaitu dengan cara minum "Sumac". Ramai yang terus percaya cerita ini tanpa cermat dalam meneliti faktanya.

Disebutkan dalam mimpi tersebut, wanita Turki itu melihat Rasulullah SAW berpakaian serba putih, berjanggut putih dengan wajah yang bercahaya. Sifat yang digambarkan itu telah menyalahi ciri fizikal Rasulullah SAW, khususnya janggut baginda. Baginda bukan berjanggut putih bak pendeta bertapa atau seperti Gandalf dalam filem Lord Of The Ring.

Memang Syaitan tak boleh menyerupai Rasulullah, tetapi syaitan boleh menyerupai satu watak lain yang punya kehaibatan di hati orang lalu mengaku dirinya nabi SAW. Ramai orang yang bermimpi dan mendakwa dia bertemu Rasulullah SAW. Sifat Rasulullah yang dilihatnya dalam mimpi itu perlu dibentangkan dengan sifat-sifat yang diterangkan dalam syamail nabi. Jika benar, bolehlah diterima.

Namun, perlu diingat, zaman kini banyak para dajjal yang menggunakan mimpi jumpa nabi untuk menguatkan kebohongannya. Jangan mudah tertarik atau percaya. Apa lagi "share" sesuatu yang tidak dipastikan kebenarannya.

Apakah Rasulullah datang kepada seorang wanita yang tidak punya kedudukan untuk diyakini perkataannya mengenai "sumac" sebagai penawar Convic19? Lebih baik datang dalam mimpi saintis Islam lalu beritahunya khasiat "sumac" itu. Saintis itu boleh mencipta ubatan yang menjadi vaksin berguna buat menyelamatkan ummat seluruhnya daripada bahaya Convid19!

Lebih daripada itu, di zaman Khalifah Umar dulu, telah terjadi wabak taun yang teruk sehingga meragut nyawa sahabat nabi bernama Abu Ubaidah, Muaz bin Jabal dan Syurahbil bin Hasanah. Namun tiada pula Rasulullah datang dalam mimpi khalifah Umar Al-Khattab ketika itu memberikan penawar. Apakah Umar Al-Khattab lebih rendah kepentingan dan hajatnya berbanding wnaita Turki yang tidak dikenali itu?


Credit kepada sumber asal Artikel di MIMPI LIHAT NABI BERJANGGUT PUTIH?
Tag : agama
1 Komentar untuk "MIMPI LIHAT NABI BERJANGGUT PUTIH?"

Salam, sy tidak menyentuh pasal mimpi tersebut, tp kita tak boleh ckp kenapa nabi datang dlm mimpi org itu, kenapa tak orang ini. Kesimpulannya, tentu ada amalan tertentu ( bnyk berselawat etc) dan sbgnya yg seseorang itu boleh mimpi/ Nabi hadir dlm mimpi mereka.Hatta ada org gila yg juga wali tersembunyi kita xtahu yg mulia disisi Allah/ dibuka hijab/ boleh mimpi Nabi dgn Izin Allah.kita ingatkan diri kita semua, jgn pndang rendah org lain , kita tak tahu amalan hebat mereka yg mgkin lebih baik dari org yg kita nampak terang2n alim (utk zaman skrg).tentang sahabat Nabi yg tak bermimpi nabi tu, itu mgkin ada hikmahNya, jika betul ceritanya begitu.tak mestinya skrip perancgan Allah ikut seperti logik apa yg kita nak dan fikirkan.tq

Back To Top