BESUT, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Ahli Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Muhammad Hafizuddin Che Mat, 21, bersama adiknya Muhammad Husaini, 17, maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tembila dekat Kampung Raja petang semalam.
Difahamkan, Hafizuddin yang menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan bersujud, manakala adiknya yang membonceng menghembuskan nafas di Hospital Besut jam 3.20 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut , Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian, dua beradik menaiki motosikal Modenas Kris itu dalam perjalanan dari arah Tembila ke Kampung Raja.
Bagaimanapun, beliau berkata, setibanya kedua mereka tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan mengalami kerosakan.
“Kerosakan tersebut menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu masuk ke laluan motosikal itu dan merempuh mangsa sebelum Hilux itu terbalik,” katanya.
Mohd Zamri berkata, kedua-dua beradik itu mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan sementara pemandu Hilux cedera di bahagian pergelangan tangan dan pinggang.
Muhammad Hafizuddin merupakan penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai , Negeri Sembilan sementara adiknya pelajar SMK Tembila.
The post Ahli Pembina USIM maut dalam keadaan sujud appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ahli Pembina USIM maut dalam keadaan sujud
0 Komentar untuk "Ahli Pembina USIM maut dalam keadaan sujud"