KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru rakyat negara ini memerdekakan jiwa daripada ketamakan dan kecintaan kepada harta yang bukan milik mereka.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, rakyat perlu menyemai semangat patriotisme yang tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah serta salah guna kuasa.
“Merdekakan keluarga daripada rezeki yang diperolehi secara haram melalui rasuah dan memerdekakan diri dengan menyatakan tidak kepada rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dzulkifli berkata, mereka perlu menghayati erti kemerdekaan sebenar serta memerdekakan diri daripada cengkaman budaya yang boleh menghancurkan pembangunan insan.
“Rasuah dan salah guna kuasa merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat dan negara sehingga boleh menyebabkan kemerdekaan yang dikecapi 60 tahun yang lalu lumpuh serta musnah,” katanya.
The post Merdekakan diri daripada sifat tamak, cinta harta duniawi: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Merdekakan diri daripada sifat tamak, cinta harta duniawi: SPRM
0 Komentar untuk "Merdekakan diri daripada sifat tamak, cinta harta duniawi: SPRM"