Gema Semua Maklumat

Ahok mohon tangguh hukuman penjara

Ahok mohon tangguh hukuman penjara


JAKARTA, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didapati bersalah menghina Islam memohon menangguhkan hukuman penjara ke atasnya.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Ahok, Fifi Lety Indra sambil memberitahu pihaknya sudah memfailkan permohonan penangguhan hukuman itu di Mahkamah Tinggi Jakarta.

Beliau menjangkakan mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan mengenakan larangan meninggalkan bandar kepada Ahok.

Ini kerana jelas beliau, hampir mustahil untuk Ahok melarikan diri ke luar negara.

“Ahok sentiasa memberi kerjasama dan dia tidak pernah datang lambat atau tidak hadir sepanjang perbicaraan berlangsung walaupun jadualnya padat,” katanya.

Menurutnya, beberapa ahli politik, penyokong, peguam dan ahli keluarga Ahok menyatakan kesediaan untuk menjadi penjamin dalam surat penangguhan hukuman berkenaan.

Minggu lalu, Ahok dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina agama, susulan ucapan beliau yang mendakwa lawannya menggunakan ayat suci al-Quran untuk menipu pengundi supaya tidak mengundinya.

Ketua Hakim, Dwiarso Budi Santiarto ketika membacakan keputusan itu berkata, Ahok terbukti bersalah melakukan penghinaan terhadap agama Islam. -Agensi

The post Ahok mohon tangguh hukuman penjara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ahok mohon tangguh hukuman penjara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ahok mohon tangguh hukuman penjara"

Back To Top