Gema Semua Maklumat

PAS tak benarkan Exco letak jawatan meskipun arahan Azmin

PAS tak benarkan Exco letak jawatan meskipun arahan Azmin


KEPALA BATAS , 18 Syaaban 1438H, Isnin – PAS sekali lagi menegaskan pendirian parti itu untuk tidak membenarkan tiga Exconya dalam Kerajaan PKR Selangor meletakkan jawatan.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, meskipun Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan mereka berbuat demikian, tetapi pihaknya melarang tiga Ecxonya bertindak demikian.

Dalam isu ini katanya, parti perlu menghormati arahan pihak lain yang ‘lebih berkuasa’ di negeri tersebut berbanding akur kepada kehendak Menteri Besar.

“Kita sudah jangka pakatan harapan yang diketuai DAP akan arahkan Exco PAS lepas jawatan selepas terlerainya tahaluf siyasi de­ngan PKR.

“Bagaimanapun, sekiranya ada pihak lain yang dikira lebih berkuasa tidak membenarkan PAS berbuat demikian (lepas jawatan), maka kita serah kepada Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat Khamis ini,” katanya.

Tanpa mendedahkan individu yang dimaksudkan ‘lebih berkuasa’ itu, Hashim berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan membincangkan kedudukan tiga Exco berkenaan dan membuat pengumuman mengenainya sekiranya berjaya mencapai satu keputusan.

Tiga Exco Pas dalam Kerajaan PKR Selangor ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sebelum ini, media melaporkan Azmin sudah mengarahkan ketiga-tiga Exco terbabit meletak jawatan, namun perkara itu dinafikan Exco berkenaan.

The post PAS tak benarkan Exco letak jawatan meskipun arahan Azmin appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS tak benarkan Exco letak jawatan meskipun arahan Azmin
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS tak benarkan Exco letak jawatan meskipun arahan Azmin"

Back To Top