Gema Semua Maklumat

Aidilfitri: Sekolah cuti seminggu

Aidilfitri: Sekolah cuti seminggu

KUALA LUMPUR, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan mengumumkan, sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bakal menikmati ‘cuti panjang’ selama seminggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun ini.

Dalam satu pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, kementerian memberitahu, bagi sekolah kumpulan A yang terdiri daripada Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, sekolah akan mula bercuti pada 23 Jun sehingga 1 Julai.

Manakala bagi sekolah Kumpulan B yang terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan pula akan bercuti pada 24 Jun sehingga 2 Julai.

“Kementerian telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolah bagi 2017 yang melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Natal.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan kementerian dan cuti ini tidak perlu diganti,” kata pekeliling itu.

The post Aidilfitri: Sekolah cuti seminggu appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Aidilfitri: Sekolah cuti seminggu
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Aidilfitri: Sekolah cuti seminggu"

Back To Top