Gema Semua Maklumat

Burung merpati diguna untuk seludup dadah

Burung merpati diguna untuk seludup dadah


KUWAIT, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Elak ditangkap, pengedar dadah mencari strategi licik dengan menggunakan burung merpati untuk menghantar barang terlarang itu.

Bagaimanapun, taktik itu gagal apabila pihak berkuasa Kuwait berjaya menangkap seekor burung itu dengan beg kecil dipenuhi pil Ecstasy.

Sebanyak 178 pil ditemui di dalam satu paket kain yang diikat di belakang badan burung itu.

Burung itu ditangkap berhampiran bangunan kastam di Abdali berhampiran sempadan Iraq dan dipercayai dadah itu hendak dihantar ke Kuwait.

Wartawan al Rai, Abdullah Fahmi memberitahu, pihak Kastam sudah lama mengetahui mengenai burung merpati telah digunakan untuk menyuludup dadah, tetapi ini adalah pertama kali mereka berjaya menangkap burung bersama dadah.

Pegawai penguatkuasa undang-undang di kawasan lain mengenal pasti kes-kes sebelumnya yanga mana burung merpati digunakan untuk membawa dadah bernilai tinggi.

Pada tahun 2015, pegawai penjara di Costa Rica menahan seekor burung merpati yang membawa kokain dan kanabis di dalam kantung berzip. -Agensi

The post Burung merpati diguna untuk seludup dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Burung merpati diguna untuk seludup dadah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Burung merpati diguna untuk seludup dadah"

Back To Top