Gema Semua Maklumat

Kementerian Pendidikan, Jakim akan bincang terma daftar pusat tahfiz

Kementerian Pendidikan, Jakim akan bincang terma daftar pusat tahfiz

PUTRAJAYA, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menentukan terma rujukan berhubung pendaftaran sekolah aliran agama persendirian termasuk madrasah tahfiz.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai hal itu dalam waktu terdekat.

“Pada peringkat awal, pegawai-pegawai akan tentukan terma rujukan itu, antaranya kelas, bangunan, asrama selain kelayakan guru di sekolah berkenaan.

“Bila dah dapat terma rujukan itu, kita akan dapatkan maklumat daripada negeri-negeri berhubung berapa jumlah sekolah tahfiz sebelum proses selanjutnya,” katanya.

Kenyataan dibuat susulan minggu lalu, Mahdzir mengatakan sekolah aliran agama persendirian termasuk madrasah tahfiz akan didaftar di bawah Jakim dalam waktu terdekat.

Cadangan tersebut dibuat selepas berlakunya kes kematian seorang pelajar sekolah tahfiz di Kota Tinggi, Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang didakwa dipukul pembantu warden.

The post Kementerian Pendidikan, Jakim akan bincang terma daftar pusat tahfiz appeared first on Portal Islam dan Melayu.



Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Kementerian Pendidikan, Jakim akan bincang terma daftar pusat tahfiz
Tag : agama
0 Komentar untuk "Kementerian Pendidikan, Jakim akan bincang terma daftar pusat tahfiz"

Back To Top