Gema Semua Maklumat

Seorang lagi maut insiden pasar malam Cameron Highlands

Seorang lagi maut insiden pasar malam Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 5 Syaaban 1438H, Selasa – Seorang mangsa yang parah dalam kejadian sebuah van merempuh kawasan pasar malam di Golden Hill Ahad lalu meninggal dunia, pagi tadi.

Mangsa, Siew Lee meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Batu Pahat jam 8.43 pagi.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid berkata, bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala akibat terbabit dalam kemalangan itu.

“Mangsa sebelum ini menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh tetapi dipindahkan ke Hospital Batu Pahat, iaitu tempat asal mangsa,” katanya.

Kejadian ini menjadikan dua orang maut, selepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Adra Mustaffa Kamal, meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.

Mengulas lanjut, Hasadid memberitahu, pemandu van berusia 29 tahun itu kini direman sehingga Khamis ini manakala ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

The post Seorang lagi maut insiden pasar malam Cameron Highlands appeared first on Portal Islam dan Melayu.



Sumber asal dan Bacaan Sepanjutnya di Artikel Portal Islam dan Melayu selanjutnya di Seorang lagi maut insiden pasar malam Cameron Highlands
Tag : agama
0 Komentar untuk "Seorang lagi maut insiden pasar malam Cameron Highlands"

Back To Top