BANGI, 22 Syaaban 1438H, Jumaat – Kubur pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang meninggal dunia 24 hari lalu digali semula tengah hari semalam, bagi mendapatkan sampel kaki Allahyarham untuk tujuan siasatan lanjut.
Memetik laporan Berita Harian, proses menggali semula kubur kanak-kanak itu disahkan oleh ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, kira-kira jam 3 petang semalam di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping, Kota Tinggi.
“Memang benar kubur Thaqif digali semula petang tadi dengan disaksikan beberapa ahli keluarga bagi membolehkan sampel kaki Allahyarham diambil untuk tujuan siasatan lanjut.
“Selain pihak hospital, polis dan pihak mahkamah turut berada di lokasi ketika proses menggali kubur arwah dilakukan, ” katanya.
Turut mengesahkan perkara sama, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah, yang memaklumkan bahawa proses itu mendapat kebenaran mahkamah mengikut Seksyen 335, Kanun Acara Jenayah.
Mohamad Thaqif meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, sebelum pihak hospital menjalankan pembedahan memotong tangan kanannya yang dipercayai djangkiti kuman.
Kes Allahyarham mendapat perhatian umum apbila dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman.
The post Kubur pelajar tahfiz digali semula untuk siasatan lanjut appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kubur pelajar tahfiz digali semula untuk siasatan lanjut
0 Komentar untuk "Kubur pelajar tahfiz digali semula untuk siasatan lanjut"