KUALA LUMPUR, 13 Safar 1439H, Khamis – Aktiviti pengambilan pekerja secara dalam talian di Malaysia mencatat pertumbuhan tujuh peratus pada September 2017 berbanding bulan sama tahun lalu, dengan sektor minyak dan gas muncul sektor mencatat prestasi terbaik, demikian menurut dapatan terkini, Indeks Pekerjaan Monster.
Indeks itu mengukur aktiviti tawaran pekerjaan secara dalam talian dan dikumpulkan secara bulanan oleh Monster.com.
Dalam kenyataan hari ini, Monster.com berkata, sektor minyak dan gas mencatatkan pertumbuhan 37 peratus tahun-ke-tahun dalam pengambilan pekerja secara dalam talian, diikuti teknologi maklumat, penyedia perkhidmatan telekomunikasi/internet dan penyumberan luar proses perniagaan/perkhidmatan berkeupayaan internet, mencatatkan pertumbuhan 34 peratus.
Pengarah Urusan Asia Barat dan APAC Monster.com, Sanjay Modi, berkata peralihan yang kukuh daripada asas pembuatan yang teguh kepada teknologi digital dan kemahiran lanjutan meningkatkan pasaran pekerjaan Malaysia dengan peluang baharu.
“Ini berita baik. Bagaimanapun, untuk kekal relevan dan diambil bekerja, tenaga kerja di semua peringkat perlu terus meningkatkan kemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang dinamik,” katanya. – Bernama
The post Pengambilan pekerja dalam talian naik 7 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pengambilan pekerja dalam talian naik 7 peratus
0 Komentar untuk "Pengambilan pekerja dalam talian naik 7 peratus"