Gema Semua Maklumat

Mufti perlu sokong, angkat cadangan kaedah diyat: PAS

Mufti perlu sokong, angkat cadangan kaedah diyat: PAS

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Syaaban 1438H, Rabu – PAS menggesa institusi mufti di Malaysia supaya bersatu menyokong dan mengangkat cadangan Jemaah Pengampunan Pahang mengguna pakai kaedah pengampunan mengikut undang-undang Islam atau diyat.

Gesaan itu disuarakan oleh timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan bahawa kaedah berkenaan bukan sahaja memberi hak kepada waris menuntut ganti rugi atau memaafkan pesalah, malah ia sebaliknya turut memberi peluang kepada pesalah dihukum mati.

“Lebih penting daripada itu, kaedah ini membuka peluang kepada keluarga mangsa untuk menghapuskan dendam kepada penjenayah dan juga peluang kepada penjenayah untuk berubah.

“PAS merakamkan sepenuh penghargaan dan tahniah kepada Jemaah Pengampunan Pahang yang bercadang mengguna pakai kaedah diyat sebagai alternatif terhadap banduan yang berhadapan hukuman mati bagi sabitan membunuh sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ibn Sultan Haji Ahmad Shah,” katanya dalam satu kenyaataan, hari ini.

Malah katanya, PAS turut menyokong cadangan Tengku Abdullah supaya kaedah diyat juga dipraktikkan kepada bangsa-bangsa lain, dan tidak hanya tertakluk kepada orang Islam semata-mata.

“Sehubungan itu PAS berharap Majlis Pengampunan Negeri-Negeri lain turut melaksanakan kaedah yang sama, demi mengangkat sistem perundangan Islam di negara ini.

“Kaedah diyat ini wajar disokong kerana ia dapat menunjukkan ketinggian dan kebaikan agama Islam,” katanya.

The post Mufti perlu sokong, angkat cadangan kaedah diyat: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mufti perlu sokong, angkat cadangan kaedah diyat: PAS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mufti perlu sokong, angkat cadangan kaedah diyat: PAS"

Back To Top