Gema Semua Maklumat

Rejim Israel tutup sempadan Semenanjung Gaza

Rejim Israel tutup sempadan Semenanjung Gaza

GAZA, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Rejim Israel, hari ini bertindak menutup pintu sempadan Semenanjung Gaza di Kerem Shalom, menghalang lalu lintas orang ramai dan penghantaran barangan.

Kerem Shalom adalah laluan utama pelbagai jenis barang memasuki Semenanjung Gaza dan persimpangan pejalan kaki Erez ditutup hari ini, kata Ketua Jawatankuasa Penyelaras kemasukan barangan di Semenanjung Gaza, Raed Fattouh.

Namun, rejim Zionis tidak memaklumkan berapa lama penutupan itu dikuat kuasa.

Pintu lintasan barangan di Karam Abu Salem di selatan Semenanjung Gaza dan lintasan orang ramai di Beit Hanoun di utara ditutup sehingga satu pemberitahuan baharu dibuat, kata rejim itu.

Tel Aviv dikatakan bertindak demikian dengan mendakwa roket dilancarkan setiap hari dari kawasan itu sejak minggu lalu, selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel yang mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.

Sementara itu, pesawat rejim Israel menyerang tiga fasiliti milik Hamas, kumpulan yang mengawal Semenanjung Gaza, sebelum Subuh hari ini sebagai tidak balas terhadap serangan roket terbaharu.

Serangan itu menyasarkan kem latihan dan tempat simpanan senjata Hamas, namun tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan. – Agensi

The post Rejim Israel tutup sempadan Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rejim Israel tutup sempadan Semenanjung Gaza
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rejim Israel tutup sempadan Semenanjung Gaza"

Back To Top