Gema Semua Maklumat

Pasangan warga asing dakwa ada bom dalam bagasi ditahan di Alor Setar

Pasangan warga asing dakwa ada bom dalam bagasi ditahan di Alor Setar

ALOR STAR, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Pasangan warga asing mencetuskan rasa panik di Lapangan  di sini malam tadi, apabila mendakwa terdapat bom di dalam bagasi mereka.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam itu menyebabkan polis mengepung lapangan terbang berkenaan selama lebih tiga jam, sehingga memaksa beberapa penerbangan keluar dan masuk dibatalkan.

Unit Pemusnah Bom PDRM dipanggil ke tempat kejadian untuk pemeriksaan menyeluruh bagasi dan keseluruhan terminal.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (Operasi), Nazri Zakaria berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu kura-kira jam 11.11 malam.

Katanya, seramai 31 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Star diarah untuk bersiap sedia di sekitar lapangan terbang bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Unit pemusnah bom polis mengesahkan bahawa tiada bom di terminal itu seperti yang didakwa, dan pemeriksaan keseluruhan bangunan lapangan terbang juga menunjukkan tiada bahan letupan,” katanya.

Polis bagaimanapun menahan kedua-dua warga asing berkenaan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

The post Pasangan warga asing dakwa ada bom dalam bagasi ditahan di Alor Setar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pasangan warga asing dakwa ada bom dalam bagasi ditahan di Alor Setar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pasangan warga asing dakwa ada bom dalam bagasi ditahan di Alor Setar"

Back To Top