Gema Semua Maklumat

Kekuatan generasi hasil titik peluh warga pendidik: I-Guru

Kekuatan generasi hasil titik peluh warga pendidik: I-Guru

BANGI, 19 Syaaban 1438H, Selasa – “Kekuatan sebuah generasi pokok pangkalnya di tangan pendidik berjiwa murobbi, mendidik generasi tanpa henti, keringat dicurah menta’dib budi sehingga lahir generasi robbani”.

Demikian kata Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGURU), Ustaz Mohd Azizee Hasan dalam perutusannya bersempena sambutan Hari Guru 2017, hari ini.

Beliau berkata, jasa dan sumbangan guru terhadap negara dan bangsa cukup signifikan.

“Tanggal 16 Mei setiap tahun kita meraikan Sambutan Hari Guru. Merekalah pendidik yang membina generasi masa depan sebuah negara.

“Dalam sejarah babak-babak perjuangan menuntut kemerdekaan, gurulah pelopor kebangkitan dan agen pengubah masyarakat. Merekalah pencetus dan pelopor gerakan.

“Hari ini, cabaran pendidikan semakin mencabar dan rencam. Ini menuntut para pendidik melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan sikap positif.

“Tanpanya pendidikan kita tempang dan generasi kecundang,” katanya.

Menyeru agar semua warga pendidik meningkatkan komitmen dan kesungguhan dalam mendidik anak bangsa, Ustaz Mohd Azizee berkata, guru-guru perlu mengikhlaskan niat dan menguatkan tekad serta azam.

Warga pendidik jugalah yang membangun cita-cita dan agenda untuk membina generasi pewaris bangsa yang memiliki harga diri dan izzah, tegasnya.

The post Kekuatan generasi hasil titik peluh warga pendidik: I-Guru appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kekuatan generasi hasil titik peluh warga pendidik: I-Guru
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kekuatan generasi hasil titik peluh warga pendidik: I-Guru"

Back To Top