Gema Semua Maklumat

Pegawai kanan polis dibebas dengan jaminan RM 50,000

Pegawai kanan polis dibebas dengan jaminan RM 50,000

PUTRAJAYA, 3 Ramadan 1438H, Isnin –Mahkamah Majistret hari ini membebaskan seorang pegawai kanan polis selepas direman tujuh hari bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman, melepaskan suspek lelaki berusia 49 tahun itu dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000.

Suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, itu ditahan SPRM di pejabatnya pada 22 Mei lalu.

 Setakat ini, dlaporkan 13 individu telah ditahan SPRM termasuk sembilan pegawai dan anggota polis untuk siasatan kes terbabit.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

The post Pegawai kanan polis dibebas dengan jaminan RM 50,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pegawai kanan polis dibebas dengan jaminan RM 50,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pegawai kanan polis dibebas dengan jaminan RM 50,000"

Back To Top