Gema Semua Maklumat

Penyiasat antarabangsa buru dalang ‘ransomware’

Penyiasat antarabangsa buru dalang ‘ransomware’


EROPAH, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Susulan serangan siber yang menggodam rangkaian di beberapa negara termasuk bank, hospital dan agensi kerajaan, penyiasat antarabangsa mula bertindak mencari dalang yang merekacipta sistem itu.

Agensi polis Eropah, Europol berkata, serangan siber kali ini berlaku agak rumit dan memerlukan siasatan antarabangsa untuk mengesan dalangnya.

Difahamkan, satu pasukan petugas khas di Pusat Jenayah Siber Eropah dibentuk dan memainkan peranan penting dalam menyokong siasatan ini.

Serangan siber ini bermula Jumaat lalu, digelar ‘ransomeware’ iaitu paling besar setakat ini sehingga menjejaskan agensi kerajaan dan syarikat di seluruh dunia termasuk bank di Russia, hospital di Britain dan kilang kereta di Eropah.

Serangan ‘ransomeware’ mengambil kesempatan kelemahan keselamatan dalam sistem operasi Microsoft dan menyekat akses ke fail pengguna sehingga wang tebusan dibayar menerusi mata wang maya, Bitcoin.

Gambar dipaparkan pada skrin mangsa dengan kata-kata: “Ooops, your files have been encrypted!” serta menuntut pembayaran $300 (RM1,302).

Pembayaran dituntut dalam tempoh tiga hari atau harga itu akan berganda.

Jika pembayaran tidak diterima dalam tempoh tujuh hari, fail mangsa akan dipadam, menurut mesej skrin.

Namun, pakar dan kerajaan sama-sama memberi amaran terhadap membayar tuntutan penggodam.

Jrucakap pasukan tindak balas kecemasan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat memberitahu, pembayaran wang tebusan tidak menjamin fail yang disekat akan dilepaskan.

“Ia hanya memberi jaminan penggodam menerima wang daripada mangsa dan dalam beberapa kes, termasuk maklumat perbankan,” katanya. – Agensi

The post Penyiasat antarabangsa buru dalang ‘ransomware’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penyiasat antarabangsa buru dalang ‘ransomware’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penyiasat antarabangsa buru dalang ‘ransomware’"

Back To Top