Gema Semua Maklumat

Perlis larang peniaga jual makanan sebelum jam 2 petang

Perlis larang peniaga jual makanan sebelum jam 2 petang

BANGI, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Peniaga Islam di Perlis dilarang menjual makanan yang telah dimasak sebelum jam 2 petang sepanjang bulan Ramadan.

Demikian arahan yang dikeluarkan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis dalam satu kenyataan.

Jabatan itu berkata, tindakan akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang tidak mematuhi peraturan mengikut Seksyen 25 (1) (a) Enakmen Syariah Islam 1991 (Pindaan 2012).

Katanya, enakmen berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

 

The post Perlis larang peniaga jual makanan sebelum jam 2 petang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Perlis larang peniaga jual makanan sebelum jam 2 petang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Perlis larang peniaga jual makanan sebelum jam 2 petang"

Back To Top