KAHERAH, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Anggota keluarga Presiden sah Mesir, Dr Muhammad Morsi mendakwa Ramadan kali ini adalah yang kelima beliau dipenjarakan tanpa khabar berita.
Dalam satu kenyataan semalam, salah seorang anggota keluarga Morsi berkata: “Ramadan tahun ini adalah Ramadan kelima Morsi berada dalam tahanan, tidak boleh diziarah walaupun sekali.”
Menurut kenyataan itu, Morsi dilarang bertemu dengan ahli keluarga dan peguamnya sejak November 2013.
“Sehingga sekarang, kami tidak tahu bagaimana keadaan kesihatan, makan minum beliau.
“Kami menyeru pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memperjuangkan kebebasan supaya mengambil tindakan sewajarnya,” kata kenyataan itu.
Morsi kini ditahan di penjara yang tidak diketahui lokasinya sejak digulingkan oleh kerajaan tentera selepas genap setahun memerintah Mesir setelah kejatuhan diktator Husni Mubarak. – Agensi
The post Ramadan kelima Morsi dalam penjara, tiada khabar berita appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ramadan kelima Morsi dalam penjara, tiada khabar berita
0 Komentar untuk "Ramadan kelima Morsi dalam penjara, tiada khabar berita"