Gema Semua Maklumat

Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan

Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan

BELGRADE, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Umat Islam di Serbia melahirkan rasa kecewa apabila pihak berkuasa negara itu meroboh sebuah masjid yang didakwa dibina secara tidak sah di pinggir ibu kota. 

Masjid dua tingkat tanpa menara itu dibina di kawasan kejiranan Zemun pada 2014, bagaimanapun sehingga sekarang pihak berkuasa enggan mengeluarkan permit binaan.

Awal hari ini, pihak berkuasa dilaporkan berjaya merobohkan masjid itu, apabila kerja perobohan tergendala semalam berikutn mendapat bantahan masyarakat Islam. 

Ulama terkenal di ibu kota itu, Mufti Muhamed Jusufpahic berkata, masyarakat Islam kecewa dan akan memfailkan bantahan kepada Presiden Serbia. 

“Kami amat terkejut perkara ini berlaku ketika kemuncak sambutan Ramadan,” katanya. 

Ibu negara Serbia dengan kira-kira 1.6 juta penduduk memiliki sejumlah 20,000 penduduk Islam dan hanya ada sebuah masjid dibina pada 1575, ketika wilayah Balkan diperintah empayar Uthmaniyyah Turki. -Agensi

The post Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Serbia roboh masjid sehari sebelum Ramadan"

Back To Top