Gema Semua Maklumat

The Star mohon maaf tapi KDN akan panggil Ketua Pengarang

The Star mohon maaf tapi KDN akan panggil Ketua Pengarang

BANGI, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan akhbar The Star tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini, apabila menyiarkan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih pada muka depannya, dan pada masa sama berita utamanya bertajuk ‘Malaysian terrorist leader’.

Sehubungan itu, KDN akan memanggil Ketua Pengarang akhbar terbabit bagi meminta penjelasan berhubung tindakan itu yang dianggap tidak sensitif terhadap umat Islam.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Ketua Pengarang Tha Star akan dipanggil esok bagi memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar dan tajuk muka depannya.

“Esok kita akan panggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya semalam. Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, tindakan lanjut akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab,” katanya.

Alwi dilaporkan berkata, KDN pada 23 Mei lalu sudah memanggil pengurusan syarikat akhbar terbabit untuk memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

Gambar muka hadapan akhbar bertarikh 27 Mei 2017 tersebar luas di media sosial dan mendapat kritikan keras daripada semua pihak kerana menganggap The Star telah mengguris hati umat Islam.

Ini bukanlah kali pertama akhbar terbabit menyakiti hati umat Islam, termasuk memfitnah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu umat Islam yang ditindas di Syria.

Malah, pada bulan Ramadan 2011 lalu, akhbar terbabit dituduh tidak sensitif terhadap umat Islam apabila menerbitkan tiga iklan daging babi dalam satu penerbitan.

Dalam beberapa siri laporan sensitif terhadap umat Islam, akhbar terbabit kemudian menyiarkan permohonan maaf, sebagaimana yang dilakukan hari ini apabila mereka mengakui kesilapan dan memohon maaf kerana kurang sensitif terhadap perasaan pembaca beragama Islam.

Akhbar terbabit dalam kenyataan hari ini, mengaku susun atur muka depan, yang memaparkan tajuk berita mengenai keganasan, diikuti di bawahnya diletakkan gambar umat Islam sedang melakukan solat, adalah hasil daripada ‘kesilapan pertimbangan’ pihak mereka.

“Kami memohon maaf di atas kesilapan pertimbangan di pihak kami,” kata akhbar itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norzila Baharin berkata, walaupun tajuk dan gambar itu merujuk kepada dua berita berbeza, namun ia boleh menimbulkan salah faham awam terhadap Islam dan umatnya, lebih-lebih lagi ketika umat Islam baru saja menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.

“The Star bertanggungjawab ke atas pergeseran yang ditimbulkan di Malaysia atas tindakan provokasi ini yang boleh membawa kepada ketidakstabilan hubungan antara kaum di Malaysia,” katanya sambil menyeru umat Islam memboikot akhbar terbabit.

Isma desak KDN gantung permit The Star

The post The Star mohon maaf tapi KDN akan panggil Ketua Pengarang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di The Star mohon maaf tapi KDN akan panggil Ketua Pengarang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "The Star mohon maaf tapi KDN akan panggil Ketua Pengarang"

Back To Top