PUTRAJAYA, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam insiden serangan bersenjata terhadap beberapa kenderaan yang membawa penganut Kristian Koptik di Minya, Mesir, semalam.
Dalam kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata itu yang mengakibatkan 28 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dan mencederakan 23 yang lain.
“Kerajaan Malaysia merakamkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Mesir dan juga kepada keluarga dan mangsa yang terkesan dengan serangan itu,” katanya.
Wisma Putra berkata, Malaysia menerusi kedutaannya di Kaherah akan terus memantau perkembangan yang berkaitan dengan insiden itu.
Kementerian itu turut mengingatkan semua warganegara Malaysia di Mesir untuk sentiasa berwaspada pada setiap masa.
Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan, hubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau e-mel di mwcairo@kln.gov.my.- Bernama
The post Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan terhadap Kristian Koptik di Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan terhadap Kristian Koptik di Mesir
0 Komentar untuk "Tiada rakyat Malaysia cedera dalam serangan terhadap Kristian Koptik di Mesir"