Oleh Wan Mohd Amir Wan Mohamad Zaharuddin
DUNGUN, 8 Syaaban 1438H, Jumaat – Teka-teki pasukan manakah yang bakal mewakili Terengganu di Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Isma pada Ogos nanti akan terjawab pada pusingan akhir selepas Hari Raya Aidilfitri.
Awal pagi tadi telah berlangsungnya Perlawanan Bola Sepak Peringkat Negeri Terengganu Piala Presiden Isma 2017 Peringkat 1 yang diadakan di SMK Sura Dungun.
Perlawanan hari ini menunjukkan saingan sengit di antara Isma Kemaman FC dan Isma Dungun kerana terikat mata 4 sama.
Bagi perlawanan pertama yang bermula sekitar jam 8.45 pagi tadi antara Isma Dungun FC dengan Isma Kuala Terengganu FC, Isma Dungun FC berjaya menewaskan Isma Kuala Terengganu FC dengan jaringan 3-1.
Manakala perlawanan kedua pula diadakan antara Isma Dungun FC dengan Isma Kemaman FC.
Bagi perlawanan ini, Isma Dungun FC berjaya menguasai bola dan menjaringkan 1 gol, namun di minit-minit terakhir, Isma Kemaman FC bangkit dan menjaringkan 1 gol menjadikan keputusan seri 1 sama.
Setelah tersedar dari bibit-bibit kekalahan, Isma Kemaman FC bangkit dengan begitu gah dalam perlawanan ketiga menentang Isma Kuala Terengganu FC dengan menjaringkan 3 gol berbalas 1.
Ia menjadikan Isma Kemaman FC terikat mata yang sama dengan Isma Dungun FC yang sekali gus menjadikan kedua pasukan ini bakal berentap di pusingan terakhir kemudian.
Perlawanan Bola Sepak Peringkat Negeri Terengganu Piala Presiden Isma 2017 Peringkat 1 ini diadakan dengan kerjasama Pemuda ISMA Terengganu, Ikatan Pengamal Perubatan Muslim (I-Medik) Terengganu dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Terengganu.
The post Tiga pasukan berentap jadi wakil Terengganu ke Piala Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiga pasukan berentap jadi wakil Terengganu ke Piala Presiden Isma
0 Komentar untuk "Tiga pasukan berentap jadi wakil Terengganu ke Piala Presiden Isma"