Bergaya sakan di Hari Raya
Sebenarnya tak salah untuk bergaya dan kita sebenarnya dituntut untuk memakai pakaian terbaik sewaktu musim perayaan. Kalau ada bajet, belilah baju raya. No problem.
Jadi marilah kita kembali kepada kesederhaan sebagaimana Islam mengajar kita. Tambahan lagi di bulan Ramadan yang mulia, di mana kita dididik untuk menundukkan nafsu.
Kita mulakan PENJIMATAN di Bulan Ramadan.
Apa yang kita boleh buat adalah mengurangkan beberapa perkara, habit kita sebelum ini.
Mari lihat satu per satu:
Kurangkan variety lauk-pauk
Di sini bukan suruh anda kurang makan, tetapi hanya kurangkan variety sahaja. Kalau boleh stick 2-3 lauk biasa. Cuba kita kira lauk-lauk kita…
Nasi, ayam percik, ikan bakar, murtabak, kuih muih, air laicikang, soya, kathira dan macam-macam lagi.
Boleh kurangkan variety. Jimat sikit.
Eyh tuan, waktu nilah nak rasa makanan yang hanya muncul bulan Ramadan?
Yer yer, tapi cubalah sehari satu. Jangan beli semua dalam satu hari.
Ok, kalau kurangkan variety, dah boleh jimat sedikit.
Bagaimanapun, kalau dulu makan 3-4 kali sehari, sekarang dah makan 2 kali sahaja. Dapat jimat 1/3. Tapi dah tak jadi jimat kalau bajet makan 3 kali sehari sebelum ni sama jer macam bajet makan 2 kali.
Kurangkan turun ke Bazar Ramadan
Tiada Superman yang mampu menahan godaan bazar Ramadan. Mesti ada terlekat satu dua juadah. Jadi, kurangkan turun. Jangan turun hari-hari. Makanan semalam tu banyak lagi dalam peti ais. Hehehe…
Ok tips ke BazRam. Ini paling penting. Buat senarai dan bawa duit cukup-cukup. Dompet tinggal dalam kereta atau dekat rumah.
Bawa RM15 dah cukup. Habis duit, balik. Hahaha.
Lagi satu tips, nampak jer barang dalam list terus beli. Dah habis dalam senarai terus balik, Jangan tawaf bazar Ramadan 7 kali macam tawaf Kaabah pulak…….
Kurangkan buffet Ramadan/makan di luar
Haaaa, ini dalam pengalaman antara aktiviti melihat nafsu lapar manusia. Ya Allah macam tak makan sebulan tengok orang makan buffet Ramadan. Ngeri!
Buffet Ramadan ni harga biasanya RM50 ke atas. Mahal tu beb untuk makan seorang. Tapi yerlah macam macam menu, tapi larat mana beb nak makan. Perut besar tu jugak.
Kalau ada orang belanja takpe. Haha.
Buka Puasa di masjid
Buka puasa di masjid ni bagus untuk poket. Tapi janganlah niat untuk jimat sahaja. Lebih kepada berukhuwwah dengan masyarakat dalam kariah kita. Dan sampai bila beb nak jimat, jadilah penaja. Harapnya dengan awal-awal berjimat, kita mampu untuk menjadi penaja buka puasa ni juga.
Ameen.
Banyakkan bersedekah
Bulan Ramadan adalah bulan memberi. Jadi jangan jimat bab bersedekah. Kalau boleh bersedekah banyak-banyak lagi. Insya-Allah akan dimudahkan rezeki kita, dan dilapangkan kehidupan kita. Takdelah stress takda duit jer.
Jadi, konsep bersederhana dalam bulan Ramadan ni ialah…
JIMAT DI BULAN RAMADAN menampung perbelanjaan di waktu perayaan.
Ya, duit yang kita jimat ni gunanya untuk tampung belanja lebih waktu beraya nanti.
Sebenarnya untuk perayaan, kita kena ada bajet khusus. Perlu siap awal-awal.
Sebab apa? Sebab tiap tiap tahun kita memang tahu ada raya, dan dah tahu tarikhnya bila. Jadi memang boleh rancang dalam bajet. Raya ni bukan tiba-tiba. Jadi tak boleh pakai tabung kecemasan sepatutnya.
Jadi ada BAJET KHUSUS RAYA.
Dekat Bajet ni, bahagikan kepada dua item. Wajib dan Tak Wajib.
Wajib. Benda wajib adalah seperti kos balik kampung. Balik kampung ni wajib beb. Sapa kata nak jimat, jangan balik kampung. Gila apa. Kena balik ziarah ibu bapa sanak saudara. Antara perkara wajib adalah;
1) Kos selenggaraan – RM200-500. Bergantung kepada kereta anda. Tukar minyak hitam, tayar, mana yang perlulah. Sebab nak jalan jauh ni. Pastikan kenderaan dalam keadaan tip top.
2) Tol – huhu nak kata apa, memang mahal.
3) Minyak – lagilah menangis.
Kos-kos ini sahaja dah nak dekat seribu kan. Thats why kena bajet.
4) Duit raya – Sengaja saya letak ni sebagai wajib. Sebab duit raya ni sedekah. Merapatkan silaturrahim. Lebih baik daripada berhabis beli langsir dan baju dan kuih raya yang orang tak makan pun tu.
Tak Wajib – Selain di atas tu. Baju raya, langsir, renovation, kereta baru. Semuanya optional. Tak salah nak beli, tapi pastikan yang atas yang wajib tu diutamakan yer uollssss…..
Kecemasan – Letakkan juga bajet untuk kecemasan. Kot kot la terjadi macam macam perkara tak diingini. Tayar pecah ker, kemalangan dan macam-macam lagi. Letakkan extra RM500 giteww..
Antara tip tip lain ialah….
Recycle jer mana yang masih elok…baju raya, langsir. Takda orang kisah pun. Kalau orang tanya pun, jawab jer la takde bajet tahun ni. Takkan derang nak marah pulak kann….Cuma kena tabah dan tebal sikit la muka..
Shopping Last Minute – Biasa beli awal-awal mahal. Last hujung hujung baru dia nak bagi diskaun kaw kaw. Tapi pilihan tak banyak la kan. Tapi ok juga, buat stok tahun depan. Kot ada dekat dekat KL ni, rajin-rajin ler kome pergi.
Jangan buat pinjaman. Ini antara paling sadis dan ramai tak tahu. Ada orang pinjam semata-mata nak raya. Sebelum korang bash, kebanyakan yang buat ni semata-mata nak sambut anak-anak beraya. Huhu..sedih kan..
Ada juga yang jenis tak kira apa, bergaya sakan..
Tapi please elakkan meminjam ni. Takut raya kita daripada gembira menjadi duka…
Ok itu jerlah perkongsian setakat ini, rajin-rajinlah share, Dapat pahala tahu….
#TheSophisticatedInvestor
#TipsRamadhan
Penulis: Alwi Adam
The post Tip kewangan Ramadan, bergaya sakan di Hari Raya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tip kewangan Ramadan, bergaya sakan di Hari Raya
0 Komentar untuk "Tip kewangan Ramadan, bergaya sakan di Hari Raya"