Gema Semua Maklumat

33 NGO buat laporan polis bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem

33 NGO buat laporan polis bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem

MELAKA, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 33 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini membuat laporan polis sambil mengadakan perhimpunan aman membantah penganjuran Perhimpunan Jubli Jerusalem pada 15 hingga 18 Jun ini.

Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar yang mengetuai bantahan secara aman itu tiba di Balai Polis Ayer Keroh di sini jam 1 tengah hari tadi bagi membantah himpunan itu yang tidak mendapat kebenaran atau kelulusan kerajaan negeri.

Semua NGO terbabit masing-masing turut membuat laporan di balai polis berkenaan.

Nizam berkata, rakyat Melaka beragama Islam membantah himpunan jubli itu kerana Malaysia tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan kaum Yahudi, apatah lagi meraikan sambutan mereka.

“Kami mewakili seluruh rakyat Melaka beragama Islam mendesak Polis Diraja Malaysia supaya menghalang perhimpunan ini daripada diteruskan.

“Kami juga mahu fitnah yang sedang berlegar sekarang kononnya kerajaan negeri membenarkan perhimpunan jubli itu dihentikan kerana ia tidak langsung melibatkan apa-apa permohonan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

Ismaweb.net hari ini melaporkan, satu perhimpunan besar-besaran merayakan kejayaan besaran kejayaan rejim Yahudi Israel menawan Baitulmaqdis 50 tahun lalu dan menyokong penubuhan negara Israel akan diadakan Melaka pada 15 Jun hingga 18 Jun ini akan diadakan di Melaka, 15 hingga 18 Jun ini.

Perhimpunan itu kononnya berselindung di sebalik sambutan ulang tahun penubuhan ASEAN dan upacara keagamaan Kristian.

Majlis itu akan diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) dengan mendapat kerjasama Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).

JHOPFAN adalah organisasi yang menyokong usaha Yahudi untuk menggali kawasan di bawah Masjidil Aqsa bagi membina kuil ke tiga Yahudi.

The post 33 NGO buat laporan polis bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 33 NGO buat laporan polis bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "33 NGO buat laporan polis bantah Perhimpunan Jubli Jerusalem"

Back To Top