Gema Semua Maklumat

37 mayat dijumpai selepas lelaki serang hotel kasino di Manila

37 mayat dijumpai selepas lelaki serang hotel kasino di Manila

MANILA, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 37 mayat ditemui selepas sebuah kasino di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Filipina ini diserang seorang lelaki bersenjatakan raifal, tengah malam semalam, lapor TV tempatan.

Kebanyakan terdiri daripada pekerja hotel, kasino dan warga asing, dipercayai sesak nafas akibat asap tebal selepas penyerang membakar kasino berkenaan.

Polis berkata, motif serangan itu adalah rompakan yang dilakukan seorang lelaki sakit mental atau yang kalah judi, tetapi militan Daesh mendakwa ia adalah serangan dilakukan oleh anggota mereka.

“Ia kelihatan seperti Kaukasian, bercakap Inggeris. Jadi kemungkinan dia adalah warga asing,” kata pegawai polis Manila, Oscar D Albayalde.

Polis Filipina mengenali lelaki itu sebagai seorang yang tinggi, bermisai dan bercakap bahasa Inggeris. Mereka mengetahui dia membawa raifal, dan menggunakan minyak petrol yang diisi dalam botol minuman untuk membakar kasino itu menyebabkan asap tebal.

Ketua Polis Filipina, Ronald dela Rosa sebelum ini memaklumkan mayat suspek ditemui dalam sebuah bilik hotel Resorts World Manila.

Lelaki itu dikatakan sempat membawa lari cip kasino bernilai AS$2 juta, yang kemudian dibuangnya dalam bilik air.

Polis Filipina juga menegaskan serangan itu tidak kaitan dengan pengganas walaupun konflik berterusan dengan militan IS di selatan negara itu. – Agensi

The post 37 mayat dijumpai selepas lelaki serang hotel kasino di Manila appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 37 mayat dijumpai selepas lelaki serang hotel kasino di Manila
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "37 mayat dijumpai selepas lelaki serang hotel kasino di Manila"

Back To Top