KUALA LUMPUR, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Sebanyak 554 kemalangan direkod membabitkan pelbagai kategori kakitangan kesihatan yang berkhidmat di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan antara tahun 2014 hingga 2016.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan jumlah itu kemalangan melibatkan jururawat iaitu 295 kes, diikuti pembantu kesihatan sebanyak 91 kes, kategori pekerjaan lain (52 kes), penolong pegawai perubatan (35 kes) dan pembantu penyediaan makanan (15 kes).
“Kebelakangan ini, kemalangan di kalangan doktor perubatan mendapat perhatian ramai. Kemalangan yang melibatkan pegawai perubatan adalah 35 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bahawa doktor yang bertugas di hospital kerajaan mengalami keletihan melampau ekoran waktu kerja yang panjang dan risiko berdepan kemalangan jalan raya.
Dr Noor Hisham berkata, 69 kes kemalangan direkodkan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja di luar waktu pejabat, dan antara membabitkan jururawat dengan 47 kes dan pegawai perubatan iaitu lapan kes untuk tempoh sama.
Katanya, kementerian akan bekerjasama dengan beberapa agensi berkaitan antaranya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai langkah mengelakkan kemalangan.
The post 554 kes kemalangan direkod babit kakitangan kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 554 kes kemalangan direkod babit kakitangan kesihatan
0 Komentar untuk "554 kes kemalangan direkod babit kakitangan kesihatan"