KUALA LUMPUR, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Penumpang yang menimbulkan kekecohan dengan cuba memasuki kokpit pesawat Malaysia Airlines MH128 ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Melbourne lewat malam tadi, bukanlah cubaan merampas.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menjelaskan bahawa penumpang berkenaan hanyalah mabuk dan cuba mencetuskan kekecohan.
“Penumpang itu, rakyat Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank,” katanya kepada AFP.
Katanya, tiada penumpang lain cedera dalam insiden berkenaan manakala suspek telah ditahan oleh pihak berkuasa Australia.
Pesawat itu yang berlepas dari Melbourne ke Kuala Lumpur kira-kira jam 11.11 malam tadi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 5.28 pagi ini.
Berikutan kejadian itu, lapangan terbang Melbourne ditutup kepada semua operasi dan penerbangan. Semua penerbangan keluar dari Tullamarine dibatalkan, manakala semua pesawat yang datang dilencongkan ke lapangan terbang Avalon.
The post MH128: Penumpang mabuk, bawa powerbank tapi kata bom appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MH128: Penumpang mabuk, bawa powerbank tapi kata bom
0 Komentar untuk "MH128: Penumpang mabuk, bawa powerbank tapi kata bom"