Gema Semua Maklumat

Bersatu sedia terima cadangan struktur baharu kepemimpinan pakatan

Bersatu sedia terima cadangan struktur baharu kepemimpinan pakatan

BANGI, 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia menerima struktur kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang baharu jika dipersetujui sebulat suara oleh parti gabungan PH yang lain.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, ini penting bagi memastikan kesepakatan dalam kalangan parti pembangkang dan tumpuan utama diberikan kepada usaha untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Buat masa ini, PPBM sedang menunggu jawapan rasmi daripada Sekretariat PH mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas tuduhan bahawa Bersatu ingin mendominasi PH dengan mengambil jawatan Pengerusi dan Presiden.

Sebelum ini, Bersatu mencadangkan jawatan Pengerusi PH disandang oleh bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cadangan asal itu juga meletakkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden PH.

Katanya, cadangan itu adalah untuk memantapkan kepemimpinan PH secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU14 berasaskan pengalaman luasnya menerajui jentera pilihan raya.

“Namun, PPBM sedia berkompromi bagi jawatan Presiden PH atas semangat musyawarah. Pendirian ini telah disampaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9 Jun 2017.

“Justeru, tidak timbul isu PPBM ingin mendominasi PH dengan menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden seperti yang diulas oleh beberapa orang tokoh politik dan dilapor oleh media,” katanya.

The post Bersatu sedia terima cadangan struktur baharu kepemimpinan pakatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bersatu sedia terima cadangan struktur baharu kepemimpinan pakatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bersatu sedia terima cadangan struktur baharu kepemimpinan pakatan"

Back To Top