Gema Semua Maklumat

34 maut, 60 cedera bom kereta diletup depan bank

34 maut, 60 cedera bom kereta diletup depan bank

LASHKAR GAH (Afghanistan), 28 Ramadan 1438H, Jumaat – Bom kereta diletupkan di luar sebuah bank di sini – ibu kota negeri wilayah selatan Afghanistan, Helmand – semalam, membunuh sekurang-kurangnya 34 orang dan mencederakan lebih 60 yang lain, kata pegawai kerajaan.

Jurucakap Gabenor, Omar Zwak berkata, anggota pasukan keselamatan, termasuk askar dan polis, yang sedang mengambil gaji mereka di cawangan New Kabul Bank adalah antara yang terbunuh, apabila penyerang bunuh diri meletupkan sebuah kereta.

Taliban dalam salah satu laman Twitternya mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu, yang mereka dakwa membunuh 73 anggota pasukan keselamatan dan mencederakan 44 yang lain.

Keadaan keselamatan semakin buruk di seluruh Afghanistan sejak tiga tahun lalu selepas pasukan tentera antarabangsa menamatkan misi mereka, menyebabkan Amerika Syarikat (AS) memikir semula untuk menambah antara 3,000 hingga 5,000 anggota bagi membantu 8,400 askar yang sedia ada di negara itu.

Pekerja keselamatan dan orang awam turut membantu mereka yang cedera dengan menghantar mangsa ke hospital menggunakan ambulans dan kenderaan persendirian.

Letupan itu berlaku, tatkala umat Islam bakal menyambut Aidilfitri Ahad ini. – Agensi

The post 34 maut, 60 cedera bom kereta diletup depan bank appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 34 maut, 60 cedera bom kereta diletup depan bank
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "34 maut, 60 cedera bom kereta diletup depan bank"

Back To Top