PUTRAJAYA, 12 Ramadan 1438H, Rabu – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah urus niaga agensi itu.
Zakaria yang tiba jam 2.25 petang tadi berkata, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada suruhanjaya itu bagi membantu siasatan termasuk menyerahkan beberapa dokumen berkaitan.
“Saya hadir bagi memberi keterangan selepas dipanggil SPRM, saya akan berikan kerjasama untuk siasatan. Saya juga akan serahkan beberapa dokumen hari ini,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.
Semalam, Zakaria, bersama Ketua Pegawai Kewangan FGC Ahmad Tifli Mohd Talha, diarahkan untuk bercuti sementara menunggu siasatan atas tunggakan bayaran syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP).
Susulan itu, Isa pada sidang media tergempar berkata, hasil siasatan PricewaterhouseCooper (PwC) terhadap urus niaga yang menyebabkan arahan bercuti dikeluarkan kepada Zakaria dan tiga individu lain, mendapati terdapat beberapa kesalahan yang menjurus ke arah rasuah.
The post Isu FGV: Zakaria hadir di pejabat SPRM beri keterangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu FGV: Zakaria hadir di pejabat SPRM beri keterangan
0 Komentar untuk "Isu FGV: Zakaria hadir di pejabat SPRM beri keterangan"