Isu Sivarasa Berucap Dalam Dewan Solat Masjid
Ia bukan isu hukum orang kafir masuk ke dalam masjid dan bukan isu hukum orang kafir berucap dalam masjid.
Kalau nampak sesiapa yang cuba berpolemik ke arah dua isu di atas, itu lari tajuk namanya.
Sudut pandang saya yang pertama ialah isu ini berada di bawah bidang kuasa Sultan. Arahan Sultan dalam isu ini adalah satu siyasah, iaitu menimbang antara baik dan buruk sesuatu tindakan itu serta implikasinya ke atas Islam dan umat Islam.
Arahan Sultan, dalam ruang siyasah dan selagi tidak bertentangan dengan syarak, wajib dipatuhi, sama ada warga muslim mahupun kafir. Isu ini sepatutnya tamat di sini.
Sudut pandang saya yang kedua, kita semua tahu akibat dan kesan politik kepartian yang melampau telah memecah belahkan umat Islam di negara ini, sedangkan masjid adalah tempat perpaduan yang menyatukan umat Islam tanpa mengira parti.
Justeru seboleh-bolehnya, ahli politik jangan diberi tempat berucap dalam masjid, tidak kira daripada parti mana sekalipun, lebih-lebih lagi ahli politik yang kafir.
Kecuali ahli politik penjawat awam seperti Menteri Besar yang juga pengerusi Majlis Agama Islam Negeri. Itu pun isi ucapan mestilah benar-benar sesuai dan terkawal.
Sudut pandang ketiga, sudahlah kepimpinan (“wilayah”) umum umat Islam di Subang diserahkan kepada orang kafir, ini hendak diberi tempat ibadah pula sebagai tempat ia bercakap selaku pemimpin. Allah Taala melarang umat Islam memberikan “wilayah” kepada orang kafir, kemudian kita langgar arahan itu dan “memartabatkan” perlanggaran itu di masjid. Melampau sungguh kita.
Nota: Kalau nak berucap juga, boleh saja dibuat di luar masjid. Lagikan orang kenduri arwah pun boleh pasang khemah, tak kanlah masjid tak mampu sewa khemah.
The post Isu Sivarasa bukan isu hukum orang kafir masuk, berucap dalam masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isu Sivarasa bukan isu hukum orang kafir masuk, berucap dalam masjid
0 Komentar untuk "Isu Sivarasa bukan isu hukum orang kafir masuk, berucap dalam masjid"