Gema Semua Maklumat

Jika pengecut jadi pejuang tak layak gelar diri pendakwah Islam

Jika pengecut jadi pejuang tak layak gelar diri pendakwah Islam

Tak padan dengan kecil, tapi mempunyai hati yang besar sebagai pejuang.

MEMANG bukan parti rasis dan cauvinis DAP sahaja yang anti-Islam. Parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bergabung dengan UMNO iaitu MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan sesetengah pemimpin parti dalam Pakatan Harapan, juga adalah anti-Islam.

UMNO yang merupakan tonggak utama dalam BN pun, walaupun di mulut mengatakan memperjuangkan Islam, tapi gagal memujuk rakan baik mereka menyokong usaha memartabatkan Islam, bukan sahaja undang-undang Islam, tetapi juga Mahkamah Syariah.

Begitu juga pemimpin parti dalam Pakatan Harapan yang beragama Islam, yang Pedang temui menyatakan sokongan terhadap RUU355, tetapi gagal memujuk rakan-rakan mereka supaya menyokong rang undang-undang memartabatkan Islam dan Mahkamah Syariah.

Ini semua mungkin kerana ego masing-masing, kerana yang membawa RUU355 itu bukan pemerintah, tetapi oleh parti Islam PAS. Mungkin kerana tidak suka kepada PAS, mereka menentang, sedangkan beberapa pindaan terhadap undang-undang Islam sebelum ini tidak pula dibantah.

Pedang tertarik kepada kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Mat, bahawa bukan sahaja DAP yang anti-Islam, tetapi siapa pun yang menghalang umat Islam untuk bebas beramal sepenuhnya di Malaysia ini, maka mereka dikategorikan sebagai musuh Islam.

Malah, katanya, tidak kira siapa pun mereka jika menentang dengan mulut, maka perlu diperangi dengan mulut, musuh media diperangi dengan media dan musuh senjata diperangi dengan senjata.

Pokok pangkalnya lawan tetap lawan. Kenapa harus takut? Kenapa takut menjadi pejuang dan pembela agama Allah ini? Janji Allah adalah pasti, tapi janji DAP, MCA, MIC, Gerakan, SUPP atau Hindraf, hanya sandiwara.

Pedang sudah berkali-kali mengingatkan bahawa umat Islam mesti mempertahankan agama suci ini daripada dihina dan dipermain-mainkan oleh orang kafir, yang sentiasa menentang apa sahaja usaha untuk kebaikan umat Muhammad SAW ini.

Jika mereka menulis menghina atau mempermainkan Islam, kita lawan dengan tulisan kita. Jika mereka menggunakan kata-kata, maka kita pun boleh mempertahankan Islam dengan kata-kata. Jika mereka mengangkat senjata, tidak salah kita juga mengangkat senjata – takkan hendak guna tulisan atau kata-kata pula!

Tapi tak eloklah jika kita melawan tulisan dan kata-kata mereka dengan senjata, walaupun ada umat Islam yang bertindak demikian, seperti IS atau Daesh yang akhirnya digelar sebagai pengganas, militan atau radikal, hingga menjejaskan kemuliaan agama Islam itu sendiri.

Undang-undang Malaysia memang melindungi Islam sebagai agama Persekutuan. Dan, tanggungjawab menjaganya terserah kepada kerajaan melalui pihak berkuasa berkaitan.

Namun, Pedang lihat sejak pentadbiran Perdana Menteri kelima hingga sekarang, kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina dan mempermainkan Islam. Dibiar supaya pihak terbabit semakin melampau, sehingga umat Islam hilang kepercayaan kepada kerajaan yang sepatutnya lebih mengutamakan Islam daripada rakan kafir mereka. Hanya amaran diberi.

Yang melawan pihak terbabit hanya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam atau parti majoriti ahlinya beragama Islam. Itupun, kemudiannya dicop sebagai ekstrem agama. Pihak yang menghina Islam mahu kita diam, jangan melawan. Kalau kita lawan dan pertahan Islam, mereka kata kita ekstremis. Semuanya bertujuan supaya Islam dilihat tidak baik.

Seperkara lagi yang Pedang setuju dengan kenyataan Nik Abduh ialah mengenai pendakwah-pendakwah kita. Kata Nik Abduh, usahlah menggelar diri sebagai pendakwah kalau kecut dan mandul untuk menjadi pejuang.

Beliau memberi contoh perjuangan Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah pendakwah yang memujuk dan menerangkan Islam kepada Abu Jahal dan Abu Lahab di Makkah, tetapi dalam Perang Badar, baginda adalah pejuang yang menghunus pedang ke atas Abu Jahal dan Abu Lahab.

Baginda juga ketika berdakwah kepada Abu Sufyan, kemudian memeranginya dan kemudian berdakwah semula sehingga akhirnya Abu Sufyan memeluk Islam. Begitu baginda dengan Abu Sufyan. Dakwah bukan hanya dengan senyum, bahkan kadang-kadang dengan menyeringai taring tanda bertaring.

Maksudnya, sekali-sekala kita mesti menunjukkan sikap keras terhadap orang kafir. Dan, ini juga cara Pedang. Tunjukkan ketegasan dan sikap keras terhadap mereka, bukannya hendak membunuh mereka. Itu cara Pedang memerangi mereka, selagi mereka tidak mengangkat senjata. Tapi, memang sikap mereka yang kemudian kata Pedang ini ekstremis Islam.

Kata Pedang: Katalah apa pun yang hendak dikata terhadap Pedang. Perjuangan menjaga kesucian Islam, tetap menjadi keutamaan Pedang. Dan, mereka yang bergelar pendakwah, jika pengecut untuk berlawan menjadi pejuang, maka usahlah mengaku menjadi pendakwah.


Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu.

The post Jika pengecut jadi pejuang tak layak gelar diri pendakwah Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jika pengecut jadi pejuang tak layak gelar diri pendakwah Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jika pengecut jadi pejuang tak layak gelar diri pendakwah Islam"

Back To Top