Gema Semua Maklumat

Kemelut FGV: Lebih 60 saksi dipanggil SPRM

Kemelut FGV: Lebih 60 saksi dipanggil SPRM

KUANTAN, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Lebih 60 saksi dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkod kenyataan berhubung siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan berdasarkan bukti yang diperolehi.

Katanya, meskipun FGV mengumumkan penstrukturan semula kepimpinannya semalam ekoran peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FGV, namun ia tidak memberi kesan kepada proses siasatan.

“Kita akan meneruskan siasatan berdasarkan bukti yang diperoleh namun penstrukturan semula dilakukan kerajaan terhadap FGV tidak memberi sebarang kesan.

“Perancangan kerajaan itu tidak memberi kesan kepada siasatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, Mohd Isa mengumumkan pengunduran sebagai pengerusi FGV berkuat kuasa serta merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV menyatakan bahawa Mohd Isa mengundurkan diri bagi memenuhi lantikan baru di sebuah agensi kerajaan dan untuk memberi tumpuan kepada hal-hal peribadi.

Susulan itu, FGV dan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

The post Kemelut FGV: Lebih 60 saksi dipanggil SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kemelut FGV: Lebih 60 saksi dipanggil SPRM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kemelut FGV: Lebih 60 saksi dipanggil SPRM"

Back To Top