Gema Semua Maklumat

Bas rempuh bas, lapan pekerja kilang maut

Bas rempuh bas, lapan pekerja kilang maut

JURU, 4 Safar 1439H, Selasa – Lapan pekerja kilang maut selepas dua bas dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Tol Juru, awal pagi tadi.

Setakat ini, identiti mangsa termasuk sama ada warga tempatan atau pekerja asing masih belum dikenal pasti.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, kemalangan itu turut mencederakan 35 yang lain termasuk tiga lelaki dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

“Hasil siasatan awal, kita dapati kemalangan berlaku selepas sebuah bas pekerja yang menuju ke Batu Kawan merempuh sebuah lagi bas pekerja dari arah belakang yang ketika itu berhenti di tepi jalan kerana mengalami kerosakan,” katanya di petik media tempatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

The post Bas rempuh bas, lapan pekerja kilang maut appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bas rempuh bas, lapan pekerja kilang maut
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bas rempuh bas, lapan pekerja kilang maut"

Back To Top