Gema Semua Maklumat

Kemelut FGV: SPRM yakin lengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat

Kemelut FGV: SPRM yakin lengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat

BANGI, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yakin dapat melengkapkan siasatan kes membabitkan syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dalam tempoh terdekat.

Agensi penguatkuasa itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan FGV secepat mungkin sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“SPRM hari ini telah mengambil keterangan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan isterinya, Puan Seri Bibi Shaliza Mohd Khalid bagi melengkapkan siasatan kes berhubung dakwaan melibatkan kedua-duanya.

“Isa dan Bibi hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi dan pasukan penyiasat selesai mengambil keterangan kedua-duanya pada jam 1.30 petang.

“Susulan itu, SPRM akan meneliti keterangan-keterangan yang diberikan oleh Isa serta isterinya dan siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa,” kata kenyataan itu.

The post Kemelut FGV: SPRM yakin lengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kemelut FGV: SPRM yakin lengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kemelut FGV: SPRM yakin lengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat"

Back To Top