Gema Semua Maklumat

Kes virus Zika pertama tahun ini di Singapura

Kes virus Zika pertama tahun ini di Singapura

SINGAPURA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Singapura mencatatkan kes pertama virus Zika di rantau Asia Tenggara untuk tahun ini.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan, mangsa kini dalam rawatan lanjut pihak hospital. Kes pertama Zika dilaporkan di Singapura pada Ogos 2016 dan sehingga hujung tahun lalu, 450 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Virus itu menular menerusi nyamuk Aedes Aegypti, dikaitkan dengan penyakit berkaitan otak seperti microcephaly.

Jangkitan Zika di kalangan wanita hamil terbukti menyebabkan microcephaly – kecacatan kelahiran yang teruk kepada otak bayi.

Zika pertama kali dikenal pasti di Uganda pada tahun 1947 dan tidak diketahui di Amerika sehingga 2014. -Agensi

The post Kes virus Zika pertama tahun ini di Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kes virus Zika pertama tahun ini di Singapura
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kes virus Zika pertama tahun ini di Singapura"

Back To Top