Gema Semua Maklumat

Kerajaan Melaka tolak penganjuran perhimpunan Jubli Jerusalem

Kerajaan Melaka tolak penganjuran perhimpunan Jubli Jerusalem

MELAKA, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Kerajaan negeri menolak keras penganjuran Perhimpunan Jubli Jerusalem yang dirancang diadakan oleh gerakan Yahudi negeri itu di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya tidak pernah menerima permohonan daripada penganjur bagi melaksanakan perhimpunan itu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, tidak ada sebarang kelulusan diberikan kepada penganjur dan perhimpunan itu dianggap melanggar peraturan sekiranya ia diadakan.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan ini dan tidak mahu ia dijadikan acara di Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri, di sini hari ini.

Semalam, tersebar satu risalah penganjuran program Himpunan Jubli Jerusalem di media sosial yang dirancang diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan.

The post Kerajaan Melaka tolak penganjuran perhimpunan Jubli Jerusalem appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan Melaka tolak penganjuran perhimpunan Jubli Jerusalem
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan Melaka tolak penganjuran perhimpunan Jubli Jerusalem"

Back To Top