Gema Semua Maklumat

Kompleks operasi percetakan al-Quran dilancarkan

Kompleks operasi percetakan al-Quran dilancarkan

PUTRAJAYA, 18 Ramadan 1438H, Selasa – Kompleks operasi percetakan al-Quran, Nasyrul Quran yang bernilai RM60 juta di Presint 14, di sini hari ini telah selesai dilancarkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kompleks yang memulakan operasinya hari ini itu disasarkan mencetak satu juta naskah al-Quran setahun.

Beliau berkata, pembinaan kompleks operasi percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia itu bukan untuk tujuan bersaing dengan mana-mana negara tetapi sebagai sumbangan negara terhadap perkembangan Islam.

“Menjadi nombor dua selepas di Madinah, Arab Saudi bukan untuk kita riak dan jauh sekali takbur. Tetapi Malaysia sebagai negara yang mengamalkan pendekatan wasatiyah mahu terus membantu dunia Islam menerusi mushaf kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 dan Perasmian Operasi Percetakan Al-Quran, Nasyrul Quran di Presint 14, di sini hari ini.

Waqaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 merupakan program amal jariah bagi mengumpulkan dana penerbitan al-Quran untuk diwakafkan kepada negera-negara minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan atau pihak-pihak memerlukannya di dalam dan luar negara.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, 70 peratus naskah al-Quran yang dicetak akan digunakan untuk tujuan domestik manakala 30 peratus untuk diwakafkan kepada kepada negera-negara minoriti Islam.

The post Kompleks operasi percetakan al-Quran dilancarkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kompleks operasi percetakan al-Quran dilancarkan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kompleks operasi percetakan al-Quran dilancarkan"

Back To Top