Gema Semua Maklumat

Israel dakwa 10 negara sedia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Israel dakwa 10 negara sedia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

TEL AVIV, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Israel mendakwa sekurang-kurangnya 10 negara akan memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis.

Timbalan Menteri Luarnya, Tzipi Hotovely berkata, kenyataan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan gelombang.

“Kami sudah berhubung dengan sekurang-kurangnya 10 negara, sebahagiannya di Eropah untuk membincangkan pemindahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian sehari selepas Guatemala memaklum akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, langkah yang disifatkan pegawai Palestin sebagai memalukan.

Terdahulu, Terdahulu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) membuat keputusan menolak pengiktirafan Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan rancangannya memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar yang dijajah dan diduduki secara haram oleh rejim Israel.

Resolusi itu menegaskan pendirian tetap PBB berhubung kedudukan kota suci itu sejak 1967.

Bagaimanapun Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya untuk menolak deraf resolusi berkenaan. – Agensi

The post Israel dakwa 10 negara sedia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Israel dakwa 10 negara sedia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Israel dakwa 10 negara sedia pindah kedutaan ke Baitulmaqdis"

Back To Top