BANGI, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan bekerjasama dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang dipercayai didera.
KPT dalam satu kenyataan berkata, kementerian itu prihatin dan memandang serius dengan insiden yang berlaku ke atas penuntut institusi pengajian itu yang dipercayai meninggal dunia petang semalam.
“KPT mengucapkan takziah atas pemergian arwah dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian dalam bulan yang mulia ini.
“Pihak UPNM telah menyediakan bantuan pengurusan khairat kematian dan pengurusan jenazah serta bantuan logistik bagi membawa jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kurnia, Jalan Kebun Teh, JohorBaharu dengan diiringi oleh para mahasiswa UPNM,” kata kenyataan itu.
Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam semalam dengan kesan lebam dan melecur di badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis telah menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
The post KPT kerjasama dengan ATM, PDRM siasat kes dera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KPT kerjasama dengan ATM, PDRM siasat kes dera
0 Komentar untuk "KPT kerjasama dengan ATM, PDRM siasat kes dera"