Gema Semua Maklumat

Tentera bersekutu AS dakwa hanya 484 orang awam terbunuh sejak 2014

Tentera bersekutu AS dakwa hanya 484 orang awam terbunuh sejak 2014

BEIRUT, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Seramai 484 orang awam terbunuh dalam serangan yang disasarkan oleh tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas militan IS di Syria sejak pertengahan 2014.

Pasukan Bahagian Operasi Tentera AS berkata, 132 orang awam terbunuh pada April lalu, termasuk 105 darinya dalam serangan pesawat AS yang disasarkan di barat Mosul pada 17 Mac.

“Kami mengambil semua laporan mangsa korban daripada orang awam sebagai perkara serius dan menilai semua laporan dengan telitu,” kata pasukan itu.

Pasukan berkenaan mendakwa, hanya 27 peratus daripada 21,035 serangan sejak operasi bermula menyebabkan kematian orang awam.

Bagaimanapun, jumlah yang dilaporkan itu jauh beza dari apa yang dikeluarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang menganggarkan kematian orang awam dalam konflik Iraq dan Syria.

Pusat pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menganggarkan 225 orang awam terbunuh pada 23 April hingga 23 Mei lalu di Syria, dan menyifatkan ia jumlah tertinggi sejak 2014.- Agensi

The post Tentera bersekutu AS dakwa hanya 484 orang awam terbunuh sejak 2014 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tentera bersekutu AS dakwa hanya 484 orang awam terbunuh sejak 2014
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tentera bersekutu AS dakwa hanya 484 orang awam terbunuh sejak 2014"

Back To Top