Gema Semua Maklumat

Lapor jika jual mercun dalam talian

Lapor jika jual mercun dalam talian

KUALA BERANG, 17 Ramadan 1438H, Isnin – “Segera laporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada individu yang menggunakan media sosial sebagai platform menjual bahan-bahan api terlarang termasuk mercun,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata, aduan berkenaan juga boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

“Kita menyediakan prasarana dan infrastruktur jalur lebar bagi memudahkan ilmu dan maklumat disalurkan kepada masyarakat tetapi ada beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual dan mempamerkan bahan-bahan letupan seperti mercun dan sebagainya.

“Nasihat saya kepada masyarakat di luar sana agar tidak membeli dan menjual kerana setahu saya penjual-penjual ini boleh didakwa memiliki bahan letupan tanpa tujuan yang sah di sisi undang-undang di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Peranan pengguna internet pula jika melihat individu atau pihak yang menyiar serta menjual mercun ini harus segera dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata beliau ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Bersama Kepimpinan Masyarakat Parlimen Hulu Terengganu di sini, malam tadi. – Bernama

The post Lapor jika jual mercun dalam talian appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapor jika jual mercun dalam talian
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lapor jika jual mercun dalam talian"

Back To Top