Gema Semua Maklumat

Penerbangan terus dari Israel ke Arab Saudi dijangka tidak lama lagi

Penerbangan terus dari Israel ke Arab Saudi dijangka tidak lama lagi

TEL AVIV, 21 Ramadan 1438H, Jumaat – Perjanjian untuk mengaktif penerbangan terus dari Israel ke Arab Saudi menjadi simbolik normalisasi hubungan antara Tel Aviv dan Riyadh.

Menurut laporan, penerbangan terus dari Lapangan Terbang Ben Gurion Israel ke Arab Saudi dengan persinggahan di Amman, Jordan dijangka akan bermula tidak lama lagi.

Memetik seorang pegawai Israel sebagai berkata, rundingan kini giat dijalankan untuk melaksanakan perjanjian yang berkuat kuasa dalam masa terdekat.

Difahamkan, perjanjian itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Amerika Syarikat (AS) yang dipimpin oleh Presiden Donald Trump untuk memastikan terdapat kerjasama erat antara Arab Saudi dan rejim Israel.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Israel mencadangkan supaya menghubungkan rangkaian pengangkutan kereta api dengan Jordan dan Arab Saudi.

Menerusi cadangan itu, barangan dan penumpang boleh membuat perjalanan dengan kereta api dari pelabuhan Mediterranian Haifa melalui Jordan ke pelabuhan Dammam, Teluk Arab Saudi.

Trump dalam lawatannya ke rantau Asia Barat bulan lalu, membuat penerbangan terus antara Riyadh ke Tel Aviv – sebagai penerbangan terus pertama antara kedua-dua negara itu.- Agensi

The post Penerbangan terus dari Israel ke Arab Saudi dijangka tidak lama lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penerbangan terus dari Israel ke Arab Saudi dijangka tidak lama lagi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penerbangan terus dari Israel ke Arab Saudi dijangka tidak lama lagi"

Back To Top