Gema Semua Maklumat

Penolong Pengurus akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000

Penolong Pengurus akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000

KUALA LUMPUR, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Penolong Pengurus di Jabatan Pengarang, akhbar anti-islam The Star, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan menerima rasuah RM20,000.

Tertuduh, M Younganesparan, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Madhiah Harullah.

Younganesparan didakwa secara rasuah menerima suapan itu pada Mei lalu daripada seorang individu iaitu Mohd Emir Mavani Abdullah, atas tujuan untuk diberikan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia sebagai dorongan kepada SPRM untuk menyelesaikan kes individu terbabit yang disiasat SPRM.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Dome cafe, Lot G20 Vista Power, The Intermark Jalan Tun Razak, jam 9.15 malam, pada 30 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin manakala pasport diserah kepada mahkamah. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Julai depan.

The post Penolong Pengurus akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penolong Pengurus akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penolong Pengurus akhbar The Star didakwa terima rasuah RM20,000"

Back To Top