Gema Semua Maklumat

Tiada masalah lepas jawatan pengerusi FGV: Isa Samad

Tiada masalah lepas jawatan pengerusi FGV: Isa Samad

BANGI, 25 Ramadan 1438H, Selasa – Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, beliau tidak mempunyai masalah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) demi kebaikan syarikat itu.

Beliau berkata, tiada pihak yang kalah mahupun menang ekoran peletakan jawatan yang diumumkannya semalam.

“Yang paling penting bagi saya adalah FGV. Saya berbincang dengan Perdana Menteri tentang FGV bukan individu.

“Mengenai nasib pihak satu lagi terpulang kepada siasatan yang akan dilakukan oleh syarikat. Tiada siapa kalah atau menang,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Mohd Isa berkata, tindakan itu bukan diambil secara individu sebaliknya selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

“Dalam perbincangan itu, timbul cadangan supaya saya lepaskan jawatan dan saya terima. Saya tiada masalah (meletakkan jawatan).

“Ini bukan soal kalah menang saya atau Datuk Zakaria Arshad (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV). Saya berhenti awal daripada yang dituduh dalam isu ini cuma persepsi masing-masing,” katanya.

Semalam, Mohd Isa mengumumkan pengunduran sebagai pengerusi FGV berkuat kuasa serta merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV menyatakan bahawa Mohd Isa mengundurkan diri bagi memenuhi lantikan baru di sebuah agensi kerajaan dan untuk memberi tumpuan kepada hal-hal peribadi.

Susulan itu, FGV dan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

The post Tiada masalah lepas jawatan pengerusi FGV: Isa Samad appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada masalah lepas jawatan pengerusi FGV: Isa Samad
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiada masalah lepas jawatan pengerusi FGV: Isa Samad"

Back To Top