Gema Semua Maklumat

Kalau berani Apandi boleh bersumpah dalam masjid, junjung al-Quran

Kalau berani Apandi boleh bersumpah dalam masjid, junjung al-Quran

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 25 Syawal 1438H, Rabu – Tan Sri Apandi Ali disaran bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan beliau benar tidak bersekongkol melindungi salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan wang derma RM2.6 bilion, yang dipercayai diseleweng dari dana 1MDB.

Sambil menyifatkan Peguam Negara itu berbohong, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tuhan tahu Apandi cuba melindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah.

Menerusi entri terbaru di Chedet.cc, beliau berkata, majlis sumpah itu perlu disaksikan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpah dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut serta hati.

“Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah ia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka,” katanya.

Semalam, Apandi dilaporkan berkata, beliau tidak takut dengan sesiapa termasuk Dr Mahathir, sebaliknya mendakwa hanya takut kepada Allah.

Kenyataan Apandi itu adalah susulan ucapan Dr Mahathir pada ceramah perdana Pakatan Harapan Isnin lalu, yang akan menyoalnya untuk menjawab dakwaan beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB dengan menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Ya, A.G. (Pendakwa Raya) tidak perlu takut kepada saya. Ia perlu takut kepada Allah S.W.T. Tetapi yang jelas ia tidak takut kepada Allah. Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Najib, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan Auditor General disembunyi dari orang ramai,” kata Dr Mahathir.

Katanya, tindakan menyembunyikan laporan itu kepada umum memberi petunjuk jelas bahawa apa yang dibuat oleh Apandi tidak benar.

“Ini bermakna Apandi membohong dan Allah S.W.T tahu Apandi bohong. Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Pendakwa Raya. Perbuatan pecah amanah berdosa,” katanya.

Namun Dr Mahathir menyifatkan Apandi tidak takut membuat dosa dan juga Allah s.w.t, malah pengakuannya di laporan portal itu juga tidak benar.

“Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah,” katanya.

The post Kalau berani Apandi boleh bersumpah dalam masjid, junjung al-Quran appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kalau berani Apandi boleh bersumpah dalam masjid, junjung al-Quran
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kalau berani Apandi boleh bersumpah dalam masjid, junjung al-Quran"

Back To Top