Gema Semua Maklumat

Kastam syor denda minimun RM100,000 miliki rokok seludup

Kastam syor denda minimun RM100,000 miliki rokok seludup

 

KUALA LUMPUR, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Jabatan Kastam dilapor akan meningkatkan denda minimum RM100,000 sekiranya terdapat individu menyimpan atau memiliki sebungkus rokok seludup.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk T Subromaniam berkata, cadangan meminda Seksyen 135(1) akta itu sudah diluluskan Peguam Negara dan usul berkenaan dijangka dibentangkan di Parlimen, Julai ini.

Jelas beliau, jika akta baharu ini dikuatkuasa, mana-mana pihak yang menjual rokok walaupun sekotak, akan dikenakan hukuman denda lebih keras berbanding peruntukan sedia ada.

“Pindaan Seksyen 135(1) membabitkan kesalahan menyimpan, mengangkut, menghantar, mengedar, menyorok, memiliki dan menjual rokok yang belum diluluskan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang RM100,000 atau 10 kali nilai duti atau cukai, yang mana lebih tinggi,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.

Mengulas mengenai hukuman denda  sedia ada katanya, ia sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan rampasan puluhan kotak rokok seludup.

“Kami dapati pada hari ini kegiatan penyeludupan rokok begitu aktif, disebabkan jumlah denda kecil. Jumlah keuntungan dengan menjual rokok seludup cukup lumayan, “ katanya.

Ketika ini, Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 memperuntukkan hukuman denda maksimum 20 kali nilai barang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

The post Kastam syor denda minimun RM100,000 miliki rokok seludup appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kastam syor denda minimun RM100,000 miliki rokok seludup
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kastam syor denda minimun RM100,000 miliki rokok seludup"

Back To Top