MELAKA, 7 Syawal 1438H, Sabtu – Hospital Melaka dilaporkan kekurangan bekalan darah O ketika ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri itu, Datuk Dr Ghazali Othman.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yanv memilik darah O untuk menderma darah di Hospital Melaka.
“Hospital Melaka bertanggungjawab untuk membekalkan darah ke semua hospital di negeri ini, termasuklah ke hospital swasta.
“Buat masa ini, stok darah O kurang daripada separuh yang terdapat pada rizab simpanan kami,” katanya.
Bagaimanapun Dr Ghazali berkata, stok kumpulan darah lain setakat ini masih mencukupi.
Meskipun begitu katanya, sesiapa sahaja tanpa mengira semua jenis kumpulan darah untuk terus menderma darah.
The post Hospital Melaka kurang bekalan darah O appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hospital Melaka kurang bekalan darah O
0 Komentar untuk "Hospital Melaka kurang bekalan darah O"