Gema Semua Maklumat

Mesir tahan 500 pelajar Turkistan hasil lawatan Xi Jinping

Mesir tahan 500 pelajar Turkistan hasil lawatan Xi Jinping

KAHERAH, 11 Syawal 1438H, Rabu – Kerajaan Mesir menahan kira-kira 500 pelajar Turkistan yang menuntut di Al Azhar Al-Sharif, untuk dihantar pulang ke negara asal susulan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara itu.

Penahanan kesemua pelajar terbabit dibuat di kediaman mereka, restoran, tempat awam dan juga lapangan terbang. Menurut laporan, wanita dan kanak-kanak yang disasarkan telah lari meninggalkan kediaman kerana takut ditangkap pihak berkuasa Mesir.

Memetik sumber daripada salah seorang pelajar, dia tidak dapat mengesahkan keadaan mereka yang ditangkap serta di mana tahanan ditempatkan.

Pihak berkuasa anti-Islam China menuntut supaya pelajar Turkistan membatalkan pengajian mereka di Al-Azhar dan kembali ke negara asal mereka.

Keadaan yang sama turut berlaku ke atas Uyghurs apabila pegawai China mengeluarkan arahan terhadap pelajar etnik minoriti itu yang menuntut di luar negara supaya pulang ke negara asal mereka pada 20 Mei lalu.

Radio Free Asia (RFA) melaporkan bahawa arahan itu adalah dari sumber-sumber di wilayah Xinjiang di barat laut China dan Mesir. Menurutnya, ahli keluarga beberapa pelajar ditahan sehingga mereka kembali ke negara asal.

Bagaimanapun, mereka yang enggan berbuat demikian dan berkeras meneruskan pengajian di Mesir diancam supaya ibu bapa mereka ditangkap.

Sebelum ini, seorang graduan ijazah doktor falsafah dalam bidang Sains Islam, Dr Habibullah pulang ke negara beliau atas arahan pihak berkuasa China ekoran bimbang penangkapan dan penyeksaan ke atas keluarganya. Beliau dikawal ketat dari lapangan terbang ke penjara bagi menghadapi hukuman penjara selama 15 tahun.- Agensi

The post Mesir tahan 500 pelajar Turkistan hasil lawatan Xi Jinping appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mesir tahan 500 pelajar Turkistan hasil lawatan Xi Jinping
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mesir tahan 500 pelajar Turkistan hasil lawatan Xi Jinping"

Back To Top